Lets Exchange Our Links ~ Share Our Moments

Thursday, January 27, 2011

Rahsia Melalui Tulisan Tangan??? Mai baca..

Rahsia Melalui Tulisan Dr Fadzilah Kamsah



Pertama : Tekanan
i. Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
· Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif
ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
· Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit
Kedua : Bentuk Tulisan
i. Tulisan yang bulat-bulatSemua huruf ditulis dengan bulat
· Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)
ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leperTulisan yang angular dan sharp
· Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)
Ketiga : Kecondongan
i. Condong ke kanan· Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih
sayang, berani, pemurah
ii. Condong ke kiri
· Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka
campur orang
iii. Tegak· Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan
tengah
iv. Campur-campur· Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)
Keempat : Kerapatan
i. Jarang-jarang
· Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.
ii. Rapat-rapat
· Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut
Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z
i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna
· Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan
b) Kecil, pendek dan tak sempurna
· Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri
Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)
i. Tinggi
· Tahap aspirasi tinggi
ii. Rendah
· Mudah berpuas hati, cita-cita rendah
iii. Tengah-tengah
· Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana
Rumusan : -
Tulisan mencerminkan peribadi… Kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi dan Personaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlang dalam hidup…'
Di copy dari source: http://www.esempoi.com
# Anda punya tulisan yang macam mana ye..?? Kongsi dengan ika..


Sunday, January 23, 2011

TRUE STORY..Kisah airmata aku...Airmata ibuku..

Tujuan aku menulis entry kali ini bukanlah untuk menunjuk2 atau membangga diri. Tapi dengan tujuan untuk berkongsi rasa hati sebagai seorang anak dan mahasiswa.. Sebagai perhargaan kepada mak..


Mak aku adalah seorang wanita yang amat tabah dan cekal. Kadang-kadang aku pelik sekali dengan kekuatan luar biasa yang mak ada. Dia mampu bekerja sebagai suri rumah 24 jam sehari sambil meniaga. Sedangkan aku dengan adik2 selalu merungut walaupon wat keja ckit2. Mana mak dapat kekuatan yang sangat dahsyat tu membuatkan aku sgt2 kagum. Basuh pinggan...basuh baju..memasak..jaga adik..kemas umah, mengandungkan kami adik beradik, besarkan kami, dan macam2 lagi..Profesion suri rumah dan ibu adalah 1 profesion yang tidak pernah ada penghujungnya..tidak bergaji..tidak glamour..tidak senang..tp emak sanggup..


Aku jarang tengok mak menangis tapi aku telah wat mak menangis sebab 2 perkara..Kedegilan, sifat pemarah aku dan kejayaan aku. Mak pernah merajuk dengan aku sebab marah mak. Masa tu hanya tuhan ja yang tahu betapa aku menyesal. Aku pujuk mak balik dan mak cakap balik dengan aku..Lega.. Maafkan Yong..


 Aku bukan orang senang, pergi tuisyen UPSR tu pon dah dapat diskaun dari cikgu. Aku pernah menangis kat mak sebab aku x larat jalan kaki sorang2 n sangat jauh untuk ke tuisyen tu. Serius jauh giler dengan panas dan penat bru balik sekolah rendah.Tapi mak kata "Yong jangan nangis. Mak pasti yong akan berjaya nanti". (Yong tu panggilan mak untuk aku).Memang btul kata mak wlaupun aku x dapat 5A tp aku berjaya dapat 4A 1B. Aku happy sgt2 sebab mak hapy..


Mak banyak mengajar aku untuk jadi tabah. Masa aku sekolah menengah dulu, sekolah aku jauh dari rumah. Alhamdullilah aku terpilih masuk ke sekolah elit perempuan yang terbaik di Pulau Pinang. Tapi aku x suka tinggal di asrama. Ada 1 hari tu, aku menangis lagi. Aku menangis sebab bila blik sekolah especially bila ada kelas tambahan, aku kena nek bas awam sendiri di bandar Georgetown Pulau Pinang yang memang sibuk dan menakutkan tu. Ake mengadu kat mak, ."Naper orang len mak ayah diorang bleh amik diorang dari sekolah??? Tapi yong kena nek bas awam dari sekolah berjalan kaki melalui Hospital Besar kadang2 lalu rumah mayat untuk ke bus stop. Dari bas stop depan Penjara Pulau Pinang nek bas ke KOMTAR. Sampai KOMTAR nek bas blik ke umah kat Gelugor. Bangun pagi kul 5 tapi sampai umah pkul 8 malam." 


Tapi mak kata, "Yong dah besar,kena belajar nek bas awam, hidup berdikari, abah kerja.. Cian kat abah nak kena berulang-alik." Aku pasrah ja waktu tu walaupon x puas hati. Tapi doa mak tetap mengiringi hari2 ku. Penat lelahku berbaloi sebab mak menangis masa aku dapt 8A untuk PMR. 


Aku rasa mak menangis sebab doanya yang x putus2 itu di makbulkan Allah. Aku hapy kalau mak menangis sebab terharu bcoz itulah hadiah paling berharga. Tapi kalau mak menangis sebab kenakalan aku memang pedih sgt rasanya mcam cium api bara. Aku memang anak yang paling degil dan keras kepala tapi doa mak x pernah putus untuk aku. Terima kasih mak.


Tapi masa SPM aku kecundang giler, hanya mampu dpt 6A n addmaths aku memang hancuss. 3 ari aku menangis x mow makan nasi. Tapi last2 aku makan gak sebab lapor..hehe Mak memang rsau masa aku jadi camtu..huhu Dia sedih, aku tahu. Mintak maaf sebab wat mak risau. Then, aku hampir give up sebab dapat course yang aku x mow.. 3 ari lagi menangis.. (Tulah keja aku..menangis ja dulu)..Tapi mak sentiasa membakar semangat aku. Aku jadi lebih kuat akibat kegagalan dan kesakitan itu. Ditambah lagi dengan sokongan mak dan abah yang tercinta.


Usaha aku berbaloi sebab berjaya mendapat Anugerah Pelajar Terbaik Diploma masa majlis anugerah graduan terbaik UMT 09. Di sebalik kejayaan tersebut sebenarnya da kisah air mata lagi..huhu
Untuk dapat anugerah tu sebenarnya perlu melalui tapisan Senat universiti melalui resume daripada 5 orang pelajar yang terpilih. (Tolong ingat taw ni bukan nak membangga diri tapi berkongsi pengalaman). Aku dapat tahu aku terpilih 2 ari sebelum tarikh tutup hantar borang. Terengganu dengan Kedah bukan dekat. Dan resume manalah aku nak sempat ciapkan dalam sekelip mata. Aku pon bertungkus lumus ciapkan resume dan ciapkan salinan2 sijil penting. Nak pos laju memang x sempat. Akhirnya, mak dan abah amik keputusan untuk antar aku ke Terengganu dengan kereta Proton lama kami yang x sempat diservis pon lagi.. Bayangkan abis beratus ringgit semata-mata untuk antar salinan resume dan sijil. Memang besar pergorbanan diorang walaupon family aku waktu tu da masalah kewangan ckit..huhu


On da way balik, aku menangis sorang2 dalam ati berdoa agar aku terpilih. Bukan sebab nak membangga diri. Tapi sebab kesungguhan mak abah berusaha untuk aku. Mak kata "Jangan sedih kalau x dapat yang penting kita usaha". Alhamdullilah syukur kepada Illahi.. Memang usaha mak abah berbaloi.. Aku terpilih. Hari masa terima anugerah mak berkorban lagi. Aku ni jenis x kisah bab2 baju ni. Tapi mak kisah. Dia marah aku pilih baju lama ja untuk nek pentas. Mak bagi baju kebaya biru dia yang baru dijahit n belum dipakai untuk aku pakai. Sedangkan baju tu untuk mak pkai sempena majlis konvokesyen nnti. Mak nak anak dia ni nampak cantik. Biar dia pkai baju kurung pon xpa... Terharu giler waktu tu. Masa dapat duit hadiah anugerah tu, aku kasi pada mak abah sebab diorang dah banyak abis duit utk aku. Duit tu x dalah banyak n diorg pon memang x mahu pon tapi aku paksa gak amik sebab aku x da pa2 nak bagi... Terima kasih mak..Terima Kasih abah..



Mak hapy..Aku lagi hapy..hehe



Ni mak dengan mak kawan aku. Kami bagi mak pkai jubah konvo ni sebab nak biar mak merasa pkai jubah ni. Bagi aku mak adalah graduan PHD terbaik kategori ibu mithali :)


Sekarang aku berjaya masuk ke universiti idaman aku UPM. Aku rasa bersyukur sangat2 sebab berkat doa mak dan abah aku berjaya melangkah 1 tapak kedepan. Masih banyak lagi yang aku perlu capai. Pergorbanan mak masa mengandungkan aku, melahirkan aku dengan susah payah dan macam nyawa di hujung tanduk, meyusukan aku, membesarkan aku memang x terbalas..Sekarang aku dah kurang menangis sebab hal2 remeh dan jdi lebih tabah dan berani..( Walaupon saat tulis entry ni mata aku macam bocor :)..tapi kali ni menangis sbb terkenang mak)


Kepada yang lain, sayangi ibu anda selagi mereka masih ada. Ciumlah tangan dan pipinya tatkala melangkah keluar dari umah. Buang ego cium pp abah juga. Sebab abah juga banyak berkorban walaupon kita x nampak sebab mereka kerja teruk di luar. Masa kecik2 pp kita inilah dicium mereka berkali2.. Kita x tahu bila ajal. Jangan tunggu mereka sudah tiada baru mahu mencium pp mereka. Bagi mereka yang sudah tiada ibu, jangan sdih sebab ibu anda x mahu anda bersedih..Doakan dia ditempatkan di kalangan orang yang solehah. Doa anak yang soleh dimakbulkan Allah.


MAAFKAN YONG ATAS SEGALA TINGKAH LAKU YANG MENYINGGUNG HATI MAK...TERIMA KASIH MAK SEBAB SAYANGKAN YONG DAN BERKORBAN UNTUK YONG!! 

Wednesday, January 19, 2011

Mai lah exchange link blog

Mai3x..hehe
Ika baru add application utk exchange link... 
So senang cikit ika nak lawat blog2 kawan-kawan baru..kita tukar2 k.. :)
Cayang smua :)



Saturday, January 8, 2011


Teka-Teki Imam Al-Ghazali



Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (teka-
teki);

Imam Ghazali = “Apakah yang paling dekat dengan kita di dunia ini?”

Murid 1 = “Orang tua”
Murid 2 = “Guru”
Murid 3 = “Teman”
Murid 4 = “Kaum kerabat””

Imam Ghazali = “semua jawapan itu benar, tetapi yang paling dekat dengan kta ialah MATI. Sebab itu janji Allah S.W.T bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati” (Surah Ali-Imran :185)

Imam Ghazali = “Apakah yang paling jauh dari kita di dunia ini?”

Murid 1 = “China”
Murid 2 = “Bulan”
Murid 3 = “Bintang”
Murid 4 = “Matahari”

Imam Ghazali = “semua jawapan itu benar, tetapi yang paling benar adalah MASA LALU.

Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari2 yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama”

Imam Ghazali = “Apakah yang paling besar didunia ini?”

Murid 1 = “Gunung”
Murid 2 = “Matahari”
Murid 3 = “Bumi”

Imam Ghazali = “semua jawapan itu benar, tetapi yang paling besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al-A’raf:179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka”

Imam Ghazali = “Apakah yang paling berat didunia?”

Murid 1 = “Baja”
Murid 2 = “Besi”
Murid 3 = “Gajah”

Imam Ghazali = “semua jawapan itu benar, tetapi yang paling berat sekali adalah MEMEGANG AMANAH (Surah al-Azab:72. Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah S.W.T meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini.

Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah S.W.T sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah”

Imam Ghazali = “Apakah yang paling ringan di dunia ini?”

Murid 1 = “Kapas”
Murid 2 = “Angin”
Murid 3 = “Debu”
Murid 4 = “Daun-daun”

Imam Ghazali = “semua jawapan itu benar, tetapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat”

Imam Ghazali = “Apakah yang paling tajam sekali di dunia ini?”

Murid-murid dengan serentak menjawab = “Mata pedang!!!”

Imam Ghazali = “semua jawapan itu benar, tetapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri”.


Sumber:
By: Nina Mazrina 
http://www.loveloveislam.com

Thursday, January 6, 2011

Luah kepenatanku dekat diary blogger ni...huhu

Arini sedikit penat, kelas 9 pagi smpai 5 petang straight...huhu bertapa di Lab Puchong dr kul 12 pm..nsib bek lecturer aku sporting..jd x dalah stress sgt wktu klas..kelas dgn dr annie mmg enjoy...
Malam sambung meetg 8.30 pm 4 dinner...until 2 am still awake..just finish do 1 proposol 4 college programme with my fren..ingat nk edit lg..mcm x puas ati..tp kepala dh penat..blik perasaan mngantuk hlang plak..sbbtu aku tlis kt blog..mudah2an jplg mengantuk..amin..

sweet dream 4 everybody

~Semoga esok lebih gemilang, kepenatan arini untuk kebahgiaan esok~

Tuesday, January 4, 2011

Betul kan...

Semakin hari mendatang, byk benda yang kita perlu pk..btl x?? Kadang2 hdup menjadi terlalu rumit smpai terkial2 mencari jln penyelesaian... Semasa kita jadi baby, kita cuma pk nk makan, skit - nangis, kembung perut - nangis, sedu-diam x dapat cakap2, x suka susu - telan aje. Semua masalah kita waktu tu akan diselesaikan oleh mak n abah.. yelah kan, x kan lah jadi baby 3 bulan bleh bancuh susu sendiri n amik minyak Yu Hi cap Limau sapu kat perut sndiri bila kembung perut kot...hahaha terkejut mak u nanti :)


Adakah jadi baby x perlu wat keputusan?? 


Hidup masa baby sgt bahagia kan..hehe


When we grow up bigger n bigger, life start to change.. More and more problem will start to appear in our daily life..Btul kan kan kan.. and we need to find solution by ourself.. or maybe by helping from others.. masalah belajar lah, masalah kerja lah, maslah duit lah, masalah kawin lah, masalah keluarga lah, masalah kesihatan lah, masalah mental diri lah.. macam2 problem.. 

Tapi apa yg cuba saya smpaikan disini ialah semakin usia bertambah, masalah akan smakin bertambah, pengalaman akan makin bertambah sebab kita cuba menyelesaikan masalah kita. Dan persoalan yang paling penting adakah kita selesaikan masalah dengan matang atau tidak??? smbil lewa atau bersungguh2... tabah atau tidak?? adakah kita belajar sesuatu dari masalah yg kita dapat???

Bagi saya orang yang tidak pernah ada masalah atau tidak mahu masalah atau ujian adalah bermasalah. Allah menurunkan ujian dan dugaan kepada kita sebab Dia mengingati kita.. Dia sayangkan kita.. Dia membantu kita agar lebih bersyukur dan menghargai. Jadi jangan bersedih ok bila da problem... pkirkan penyelesainnya sebaik mungkin dan jangan wat benda2 bodoh yang dilaknat Allah k..(maksudnya jadi hangman/hangwomen..hehe)...nnti x pasal2 dunia x bahagia, akhirat sengsara..

Akhir kata...

Cukuplah Allah sebagai penolong dan kepadaNYA aku bertawakal...

Saturday, January 1, 2011

Aktiviti during semester break

Ni antara aktiviti waktu cuti, ada banyak lagi tapi yang ni jelah yang aku sempat amik gambar. Suka cuti^v^..wink2..

Masa awal2 cuti aku men bowling dengan iena n az. Tq to az sebab tolong amik gambar neh.. Aku dah lama x jumpa iena nak dekat 3 tahun

Masa cuti gak adik angkat aku nama Iejan terpaksa belanja aku n adik aku, Shikin sebab Shikin dapat masuk UITM manakala aku plak Alhamdullilah dapat result baik. Padan muka sama dia.. Tapi Tq ye Iejan..hehehe



 Aku n adik2 makan di restaurant Le Boss. Restaurant ni pernah msuk Jalan-Jalan Cari Makan TV3. Sedap n harga sangat berpatutan taw..
Aku n adik Iejan


Antara yang kami makan, Chicken chop BBQ sauce + Italian salad + beef bolongenese (btl ke aku eja neh?? klu salah abaikan..haha)

ni plak chicken chop+potato wedges with special sauce+nasi gorg bek punya..nyum2..

aku n nyah



Da gak majlis cukur jambul baby aryssa n rayyan afham. Sepupu yg cute sgt. Tapi gambar princess aryssa x smpat amik.. cuma da gambar Rayyan boy aje..


nyah n zuhyin... jaga sekejap sebab mama dia makan kenduri :)

Selain pada tu masa cuti gak, aku n adik bersama2 decorate dinding bilik aku yang kosong tu.. Saje2 sebab x da keja.. inilah hasilnya :)



Last sekali b4 balik UPM, aku sempat ke The Carnivall mandi manda dengan my beloved siblings.. best giler masa turun papan gelungsur ala2 papan for skate board tu guna pelampung.. nak tercabut jantung ni macam nek roller coster. Tapi sygnya gmbar msa mandi manda x amik sbb smua malas bw kamera..sob2x

Gambar-gambar di luar b4 masuk The Carnivall dengan adik2x..



Aku, wan (adik bongsu) n nyah (adik 1st)
alang (adik 2nd)


Tapi kenangan yang paling best masa cuti ialah menjaga Nur Arianna Najwa.... Mak ak mengasuh dia jd sgt best sebab dah lama x jaga adik kecik...Bila mandikan dia sangat penat sbb x leh dok diam, suka men2

Najwa makan biskut dengan hapynya

Nak pandai cepat so makan buku..hehe

Hobi najwa: Gigit ape aje yang dia suka

Inilah jadinya bila ramai kakak di rumah, jadi kena pakai skrit n reben di kepala


Gambar on da way ke bus station dalam keta utk hantar aku blik.. :(




Gambar dari atas bas: Mak nangis kot..sob2x..

Cuti yang best..Sory to my sister sbb x dpt antar nyah ms msuk UITM..Pa papon semoga tahun baru yang masih baru ini akan lebih manis..dapat pointer 4.0..hehe...byk pengalaman baru..menjadi lebih bek dari sebelumnya..n hapy2 selalu... :)













Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

We Belong Together | Designed by www.rindastemplates.com | Layout by Digi Scrap Kits | Author by Hazrieyka :)