Dialog dalaman:
Dah pecah berderai ke???
Mmmm... Kalau pecah bederai mesti da badannya lagi..
Ataupun serpihannya...
Awat tak jumpa pa2 pon..
Nek bilik baliklah...
Aishhh sat2..
Mesti da buktinya. Tak kan tak bukti.
Tak kan cermin mak tiri snow white kot da magic.. ghaib plak ( -__-||)
Terkejut dan cuak, mata x berkedip 2 saat bila cermin muka tetiba jatuh dari ARAS 5... Itulah ekspresi aku..Selalu sangkut di almari atau dinding.. Arini saja letak kat tingkap konon2 bila da cahaya dari luar, nampak terang/ putih cikit muka..haha
Tetapi...Tak sangka cermin yang yang dibeli masa minggu orientasi 3 tahun lepas masih mahu berbakti. Landing baikkk ja kat atas jalan walaupon dah jatuh terhempas.
Pengajaran yang aku dapat dari insiden tadi:
1. Hati besar aku mengimaginasikan "Serpihan cermin-cermin (ke kaca-kaca??) yang retak 1000 'terbaring' disebelah bingkai"
Tetapi jauh di sudut hati kecil "Aku rasa cermin tu selamat lagi.. Rasa sedap ja hati ni.. Tak pecah lagi ni"
"Berpikir positif dahulu walau pa2 pon. Walaupun perkara mustahil. Kuasa Allah siapa yang tahu ^_^ Percaya hati kecil anda"
2. Hati besar berfikir "Tak pa ehh. Beli cermin lain lah. Tu pon nak hati kacau, cermin ja pon"
Hati kecil bersuara "Sayangnya cermin tu..tiap-tiap hari aku tengok dia, dia tengok aku. Walaupun murah
tapi dia berbakti"
"Hargai benda di sekeliling anda walaupun nampak seperti bukan mahai, bukan penting"
" Hargai orang di sekeliling anda walaupun makcik cleaner, pak guard, auntie guard semuanya da kelebihan masing-masing"
3. " Hargai orang yang kita sayangi, yang menyayangi kita, kerana dalam sekelip mata sahaja ataupun tak sempat kelopak mata nak pejam pun, semuanya boleh ditarik balik oleh Allah S.W.T." Jangan bila dah tua " Menyampah aku tengok laki aku ni/ bini aku ni lah, dah kedut, dah kerepot"
Bak kata Prof Muhaya "Bagi para isteri, mintak maaflah setiap hari dengan suami. Pandanglah dia seperti anda melihat dia buat kali terakhir"
Bak kata Prof Muhaya "Bagi para isteri, mintak maaflah setiap hari dengan suami. Pandanglah dia seperti anda melihat dia buat kali terakhir"
4. "Apabila kita melihat cermin, kita nampak diri kita secara luarannya".. Apa yang anda fikirkan??
Jika anda kata "Alhamdullilah cantiknya Allah ciptakan aku", maka cantik lah orang tu berseri jdinya
Kalau tetiba berfikir "Awat arini nampak tak cantik plak??" Maka jadi x cantiklah sepanjang ari
Kalau anda katakan "Aku seorang yang bersemangat arini, Insyallah " dan sebaliknya
5. Bayangkan kalau aku adalah cermin yang jatuh dari tingkat 5, masa tempoh jatuh mungkin terlanggar ranting pokok, menglungsur di celahan bukit rendah, hampir jatuh ke dalam longkang, akhirnya jatuh di jalan, memakan debu"
Pengajarannya "Sungguhpun jatuh terhempas, tak semestinya punah terus harapan bila da masalah, Bangun semula dan senyum, bersyukur masih bernyawa. Teruskan berbakti pada orang lain"
6. Ada baiknya juga cermin tu jatuh, sebab 'dirinya' dicuci semula setelah sekian lama, sebab 'termakan' debu jalan
Pengajarannya "Bila jatuh dan ada masalah, pasti ada hikmahnya. Hidup akan lebih indah bila dihadirkan dengan masalah. Manusia memang selalu berharap semuanya best, semua kerja lancar, tak ada masalah, tak da jam di jalan, tak ada masalah kewangan, tak ada masalah rumahtangga, senang naik pangkat..Tapi indah ke hidup yang terlalu sempurna???

Allah mengetahui apa yang tidak kita ketahui.. Mungkin kita akan lupa Pencipta yang Maha Esa bila semuanya terlalu sempurna