Lets Exchange Our Links ~ Share Our Moments

Wednesday, July 11, 2012

Insiden, pengalaman, pengajaran hari ini


Dialog dalaman:

Dah pecah berderai ke???
Mmmm... Kalau pecah bederai mesti da badannya lagi..
Ataupun serpihannya...
Awat tak jumpa pa2 pon..
Nek bilik baliklah...
Aishhh sat2..
Mesti da buktinya. Tak kan tak bukti.
Tak kan cermin mak tiri snow white kot da magic.. ghaib plak ( -__-||)

Terkejut dan cuak, mata x berkedip 2 saat bila cermin muka tetiba jatuh dari ARAS 5... Itulah ekspresi aku..Selalu sangkut di almari atau dinding.. Arini saja letak kat tingkap konon2 bila da cahaya dari luar, nampak terang/ putih cikit muka..haha

Tetapi...Tak sangka cermin yang yang dibeli masa minggu orientasi 3 tahun lepas masih mahu berbakti. Landing baikkk ja kat atas jalan walaupon dah jatuh terhempas.

Pengajaran yang aku dapat dari insiden tadi:

1.  Hati besar aku mengimaginasikan "Serpihan cermin-cermin (ke kaca-kaca??) yang retak 1000 'terbaring' disebelah bingkai"

       

     Tetapi jauh di sudut hati kecil "Aku rasa cermin tu selamat lagi.. Rasa sedap ja hati ni.. Tak pecah lagi ni"


"Berpikir positif dahulu walau pa2 pon. Walaupun perkara mustahil. Kuasa Allah siapa yang tahu ^_^ Percaya hati kecil anda" 


2. Hati besar berfikir "Tak pa ehh. Beli cermin lain lah. Tu pon nak hati kacau, cermin ja pon"

    Hati kecil bersuara "Sayangnya cermin tu..tiap-tiap hari aku tengok dia, dia tengok aku. Walaupun murah     
    tapi dia berbakti"

"Hargai benda di sekeliling anda walaupun nampak seperti bukan mahai, bukan penting" 
" Hargai orang di sekeliling anda walaupun makcik cleaner, pak guard, auntie guard semuanya da kelebihan masing-masing"


3. " Hargai orang yang kita sayangi, yang menyayangi kita, kerana dalam sekelip mata sahaja ataupun tak sempat kelopak mata nak pejam pun, semuanya boleh ditarik balik oleh Allah S.W.T." Jangan bila dah tua " Menyampah aku tengok laki aku ni/ bini aku ni lah, dah kedut, dah kerepot" 
Bak kata Prof Muhaya "Bagi para isteri, mintak maaflah setiap hari dengan suami. Pandanglah dia seperti anda melihat dia buat kali terakhir"


4. "Apabila kita melihat cermin, kita nampak diri kita secara luarannya".. Apa yang anda fikirkan??
Jika anda kata "Alhamdullilah cantiknya Allah ciptakan aku", maka cantik lah orang tu berseri jdinya
Kalau tetiba berfikir "Awat arini nampak tak cantik plak??" Maka jadi x cantiklah sepanjang ari
Kalau anda katakan "Aku seorang yang bersemangat arini, Insyallah " dan sebaliknya



5. Bayangkan kalau aku adalah cermin yang jatuh dari tingkat 5, masa tempoh jatuh mungkin terlanggar ranting pokok, menglungsur di celahan bukit rendah, hampir jatuh ke dalam longkang, akhirnya jatuh di jalan, memakan debu"
Pengajarannya "Sungguhpun jatuh terhempas, tak semestinya punah terus harapan bila da masalah, Bangun semula dan senyum, bersyukur masih bernyawa. Teruskan berbakti pada orang lain"


6. Ada baiknya juga cermin tu jatuh, sebab 'dirinya' dicuci semula setelah sekian lama, sebab 'termakan' debu jalan
Pengajarannya "Bila jatuh dan ada masalah, pasti ada hikmahnya. Hidup akan lebih indah bila dihadirkan dengan masalah. Manusia memang selalu berharap semuanya best, semua kerja lancar, tak ada masalah, tak da jam di jalan, tak ada masalah kewangan, tak ada masalah rumahtangga, senang naik pangkat..Tapi indah ke hidup yang terlalu sempurna???

 

Allah mengetahui apa yang tidak kita ketahui.. Mungkin kita akan lupa Pencipta yang Maha Esa bila semuanya terlalu sempurna


Cermin ku yang terselamat. "Teruskan membantu saya ye!!!" ^_^










Saturday, February 18, 2012

Aku hampir menangis kerana kata-kata mereka...

Sob..sob.. (Hatiku hampir banjir)


Dalam entry ni, aku bahasakan diriku beta (Saja nak perasan diri jadi puteri raja..bila lagi kan..kui3x)


Sebenarnya semalam, beta menerima 6 pucuk surat "layang" daripada rakan-rakan dan adik-adik di UPM. Semalam adalah hari terakhir Kem Pemantapan Asas.

Slot terakhir adalah menulis surat kepada 4 pihak iaitu felo kolej, UPM, konsultant/fasilitator dan seorang peserta kem.

Beta sebenarnya tidak menduga sama sekali yang beta adalah peserta terbanyak menerima surat. Semasa dipanggil ke depan semalam untuk meluahkan perasaan, lidah kelu tidak terkata. Jadi di kesempatan ini, beta ingin meluahkan perasaan beta ^___^.

Tapi beta merahsiakan nama individu yang memberi surat tersebut..hehe

Buka saja surat tu...

SURAT 1


Daripada seorang rakan merangkap adik (suka pipi dia)...

Butterfly tu ditempek kan di situ untuk merahsiakan perkara yang kami bincang dan kongsikan selalu...haha secret ok..But dont worry bukan mengumpat.. perkongsian ilmu dan pengalaman ^_^

Ucapan beta untuk anda: Tq so much dear for this letter.Terima kasih sebab sudi meminta pendapat dari beta..beta gembira kita saling berkongsi cerita..walaupun pengalaman ini tak seberapa, tapi beta akan cuba membantu sedaya yang mampu. 
I love u so much. Jangan cepat wat muka tension taw. Anda seorang yang berkaliber. Teruskan usaha ya. 



SURAT 2

Daripada seorang rakan merangkap adik jugak (Orang yang baru kenal selalu conpius kami berdua.. Dia ni jarang stress.. bgus btul..hehe)

Dalam surat ini, dia memohon maaf kerana hampir melemaskan beta semalam..hahaha n dia kata beta suka bercerita

Sebenarnya lebih kepada membebal lah..hihi Bila beta dah berkahwin nanti, kepada bakal anak beta, : dont worry, before u sleep, mummy akan bercerita k sampai anda tido ^_^

Ucapan untuk anda: X da pa2 lah dear masa kita berenang tu, sebab pengalaman tu menarik n kelakar betul..haha pasni jangan panik taw kalau hampir lemas. Kaki kita semalam sampai pasir sebenarnya...toing3x. Pacak penyelamat.

Anda seorang yang happy go lucky n x mudah stress. Keep it up ^_^

I love u too dear.. 




SURAT 3

Daripada ahli group beta sendiri yang sama umur dengan beta rasanya. Tapi xpa, beta panggil adik gak ok ^__^Dia pendiam n baik sangat

Ucapan untuk anda: Sama-sama beta ucapkan adik sayang. Beta pon sayang adik sangat. Anda agak pemalu ye?hehe Tapi beta pasti anda hebat sebab kalau tak silap beta, anda dah da pengalaman berkerja sebagai pembantu makmal kan? Gud luck my dear. Teruskan usaha n jangan malu2 menyuarakan pendapat ok.




SURAT 4

Surat ni betul2 wat beta rasa terharu.. Adik ni memang da potensi yang tinggi untuk berjaya. Dia seorang yang rajin dan tak takut pada cabaran.

Ucapan beta untuk anda: Teruskan berusaha dengan gigih k sebab macam beta katakan "Kita tak nak jadi yang biasa2 tapi luar biasa". Anda da bakat berlakon taw.. Beta amat kagum sekali n terkejut dengan kebolehan anda..hehe Terima kasih tak terhingga atas surat ini yang menjadi motivasi untuk beta. Beta akak cuba yang terbaik. I love u so much.



SURAT 5

Daripada seorang rakan merangkap adik jugak. Dia salah seorang yang berjaya menyakinkan beta untuk menyambung jawatan dalam MTM walaupun pada awalnya hampir give up. Dia kelakar dan suka warna kuning. Sangt bersemangat tinggi jugak orangnya.

Ucapan beta untuk anda: Terima kasih daun keladi, tali persahabatan ini beta hargai..hehe
Beta memang menyayangi anda sangat. Tq so much for everything. Anda menenangkan beta dikala beta tak da mood.. I love u so much^_^



SURAT 6

Daripada seorang adik junior yang sporting. Kat surat ni dia tulis, beta adalah fasilitator..haha Beta sebenarnya peserta jugak, cuma beta salah sorang yang terlibat dalam menguruskan kem pada peringkat awal. Jadi nak kata fasi tu x kot lebih kepada urusetia.

Ucapan beta untuk adik tersayang: Adik ada potensi yang adik sendiri tak sedar. Teruskan usaha adik untuk mengilap bakat adik. Beta sayang ye kat adik teruskan usaha anda.




Surat bawah ni tak da kena mengena dengan kem semalam.

Ini adalah contengan adik beta pada buku catatan beta beberapa tahun dulu semasa beta menuntut di UMT. Dia tulis curi2 semasa beta bercuti dirumah n beta tak tahu. Balik U baru perasan. Masa tu, dia masih kecik lagi.. Kalau dia tengok ni mesti dia gelak. Ayat tunggang terbalik..haha Tapi beta masih simpan sebab it's one of my sweet memory.





p/s: Semua surat anda akan beta simpan di dalam kotak ajaib beta. Tq for being in my life. Semua ni menjadi motivasi untuk beta dalam kehidupan seharian. Beta akan cuba memperbaiki kelemahan ini diri lagi dari masa ke semasa. Tak sangka ramai yang sayang walaupun suka membebel..hahaha



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

We Belong Together | Designed by www.rindastemplates.com | Layout by Digi Scrap Kits | Author by Hazrieyka :)