Lets Exchange Our Links ~ Share Our Moments

Monday, August 8, 2011

Mari tengok binatang peliharaan di Rumahku – Yang masih hidup dan dah tiada



Kat rumah aku, ada beberapa binatang peliharaan. OK let’s check it out:-

Keli putih pink = No name



Keli tido dalam balang bulat



Tiger Barb, Neon Tetra, Udang, Ikan Sungai




Ni akuarium aku. Mula-mula ada 5 ekor tiger barb. Tapi disebabkan masalah kesihatan dan disease infection yang terlewat dirawat akhirnya meninggal. Pastu diganti dengan neon tetra, 4 ekor. Tapi neon tetra dah kojol selepas aku balik UPM. Pada mulanya adik aku letak bersama ikan keli di atas. Giler ke apa sebab tak sampai 10 saat, 2 ekor dia telan. Pastu dia tukar, Adik aku letak bersama-sama dengan udang.   

Aku syak udang tu dah melakukan pengkhianatan dan pembunuhan bersiri. Pernah sekali masa aku balik ke umah, tetiba, aku Nampak udang tu bawa rangka tulang ikan neon tetra. Cantik ja dia makan isi, licin.

Maybe jugak neon tetra mati sebab bakteria and seterusnya dimakan udang. Aku pon x pasti sebab balik umah jarang-jarang. Yang jaga ikan-ikan tu adik aku yang BZ gila. Terabai ikan aku..huhu
Sekarang ada dalam akuarium kecik aku ni ialah seekor ikan sungai kecik dengan udang yang bermaharajalela. Tapi syok jugak tengok tingkah laku udang. Sebab diorang sangat teliti dalam memilih makanan. Dan cara makan yang unik. Kalau tak percaya try bela.

Next,

Puyu putih














Aku x taw adik aku ada bagi nickname apa kat ikan ini, sebab dia selalu panggil puyu aje. Warna dia putih sebenarnya.

Tapi disebabkan flash kamera nset “mahal” aku Nokia 3120 C *mahalnyaaaa sangat-sangat, colornya jadi len plak. 

Masa diploma dulu aku da kisah masa kena wat injection suntikan hormone kat puyu. Masa tu macam wat eksperimenlah nak try kat ikan ni samaada jadi atau x, wat induced breeding. X jadi pon. Group aku 10 orang. Semua kena try suntik ikan ni. Dahlah tajam sirip dia. So kena berhati-hati. Masa time kawan aku melakukan injection, Tee Jian Jian namanya *bukan nama sebenar, dia dahla suntik terlebih dose, suntik plak tembus perut ikan. Apa lagi kojol lah ikan puyu tu...Nasib baik tak tersuntik diri dia sendiri, kalau tak bertukar perempuan pulak..hehe

Mana boleh bertukar jantina, ini bukan fakta sebenar, aku gurau aje. Takut plak lecturer aku baca, dia tanya buku mana awak baca...hoho Kalau boleh, confirm hormone ovaprim, ovatide di pasaran semua habis, sebab di beli “Mak-mak auw2 bertangan patah” J

Ikan puyu kat umah ini masih lasak, jadi masih hidup.



Ikan Laga





Ikan laga – Adik aku punya, AISSSHH SEMUA ADIK AKU PUNYA. Dia memang suka memBELA binatang. Tapi ikan ni sensitive cikit, jadi sekarang hanya bersandar pada kenangan. Aku pon ada seekor kat UPM. Nyaris nak dimasukkan dalam Tasik Kolej Serumpun sebab aku tak mampu nak bawa balik umah. Jauh tu. Tapi masih dibela oleh Mas atas dasar keprihatinan. Semoga masih hidup. TQ Mas J

Ni ikan laga aku – Gucci Bee nama diberi




Ikan yang hidup berjiran



Kucing hitam – Shadow namanya




Shadow ni paling kesian...huhu Dia baru saja meninggal. Semua binatang kat umah yang di bela mesti tak tahan lama. Aku x faham betul napa. Makan cukup, mandi cukup- terlebih jaga kot...haha Dia suka merayap and berjalan-jalan merata bila bosan. Menurut sumber yang boleh dipercayai, dia telah termakan racun tikus di rumah jiran sebelah sana à. Abah aku sayang betul kat kucing. Abah kata Nabi Muhammad S.A.W pon sayang sangat dengan kucing.
Tapi aku ada sedikit perasaan takut dengan kucing. Bila kucing lalu tepi, aku semacam ada phobia. Rasa macam seriau, macam dia nak cakar kaki or terkam kat perut. Tapi bila Shadow datang ke umah, aku dah kurang takut kucing. Tapi masih takut cikit2 (*______*)



Akuarium Ikan kat Luar Hadapan Rumah


Ada beberapa jenis ikan dalam akuarium ni dan akuarium kecik bawahnya - Kap, Ikan Cuci Tingkap, Oscar, Kalui, Emas, Berlian, Silver, Zamrud...
Percaya ke ada ikan nama Berlian n exc..???? J

Nama aje duduk kawasan perumahan. Tapi percaya tak yang adik aku *adik aku lagi*, juga bela ayam dan itik. Macam duduk kat kampung plak. Tapi best gak, asalkan dia tak kacau orang dan jaga bersih haiwan peliharaan kita k.



Anak Itik – Quack Quack2







Anak itik dua ekor ini baru dibeli. Seekor RM 2. Murahkan??? Abah ciap tolong wat kan rumah khas a.k.a reban kecik untuk itik-itik ini. Nasib baik dua ekor ja. Aku pening kalau banyak-banyak. Asyik quack2 ja bunyi bila lapar. Makan banyak sungguh. Aku tanya gak abah, apasal lah beli warna coklat hitam, x comey langsung. Belilah warna kuning ke, pink ke, biru ke..kan menarik cikit...hehe Tapi reben dia belum di buat dengan cantik lagi. Sebab tak da masa nak wat kerja simen menyimen reban tu. Itik ini selalu dimandikan tuannya sebab kalau tak confirm mak aku berleter punya kat adik lelaki aku tu. Ayat mak “Tak pandai jaga, tak payah dok bela!!!” J

Ayam Selasih Putih


Gambar ayam ni kena edit banyak cikit sebab jadi blur, ayam 2 ekor ni suka mengikut pergerakan handset dan tangan aku.. dia x pandai posing sangat...huhu

Ayam selasih warna putih ini dibela dari kecik. Adik Wan aku tu bela sampai ayam ni sampai jadi gemok cikit. Untuk menjaga kecomelan dan kegebu-AN ayam ini, adik aku akan mandikan dia. Ayam pon kena mandi gak...huhu


Burung Murai Cacing


Adik aku sedang memegang burung dia *burung dia??
~Burung murai dia


Gambar masa kecik, ekor kontot aje

Ekor dah panjang cikit

Burung murai ini pernah terseliuh kaki. Bunyi burung ini membuatkan pagi-pagi rasa macam dalam hutan. Best betul bunyi dia berkicau x henti-henti siang malam.


Koala

Yang ini aku paling sayang dan paling minat. Sejenis koala bear kelabu putih. Diimport khas dari Benua Australia dibawa masuk secara sah melalui permit. Binatang peliharaan inilah paling senang dijaga.


Kebaikan membela koala:

  • Tidak perlu membeli makanan khas yang mahal
  •  Berbulu halus dan bulu tidak mudah luruh
  • Friendly dan manja
  •  Kecik, senang dibawa ke mana-mana
  •  Tidak takut air dan mudah dimandikan
  • Tidak mengeluarkan bunyi yang terlampau seperti itik kelaparan
:
:
:
:
:
:
:

:
:
:
:
:
:

:
:
:
:


:
:





Taaa Daaaaaa...... CARLOS : My Koala Bear Peneman Tido



















 Before habiskan entry aku yang panjang ni :-

Kalau tanya budak lain, 'ADIK NAK JADI APA BILA BESAR???" mesti jawapannya doktorlah, cikgu lah, peguam lah, pakar bedah lah.. Tapi try tanya adik aku..


Jawapan dia "WAN NAK JADI USAHAWAN"...


hahahahaha aku gelak kat diri aku sendiri sebab masa aku kecik, aku x pernah pon berpikir perkataan tu.. tahniah adik aku da cita-cita lain pada orang..Wish You Luck & All The Best Dear..



Kesimpulannya
·        Haiwan peliharaan perlulah dijaga dengan kasih sayang sebab nanti dia akan tolong doakan tuannya yang baik. Kawan aku pernah cakap, yang kalau kita seksa binatang, Allah akan turunkan bala dengan cepat ke atas kaum yang berbuat demikian.
·        Kalau ada yang bela haiwan peliharaan kat hostel, pastikan binatang tersebut bersih dan tidak menakutkan k sebab mana nak tahu roommate kita allergic ke, da asma serius ke, PHOBIC yang keterlaluan ke.. Nanti tak pasal-pasal arwah. Ini serius taw!!! J *Khas untuk coursemateku- Shila yang membela ketam..hehe just joking dear
·        Tiada yang kekal di dunia ini. Semuanya menunggu masa untuk pergi (^__________^)\/


Friday, July 15, 2011

Saya Belum Bersedia untuk Esok

Esok tanggal 16hb Julai (Bulan kelahiran partner MTM aku dlu), kena balik ke UPM. Universiti yang tercinta sebab ada kem pada 25-29 Julai Insyallah di Hutan Simpan Puchong dan bersambung di Port Dickson. Balik awal cikit sebab ada urusan yang perlu disempurnakan. Mood mahu berehat-rehat  tu masih menebal dalam diri. Gila cuti bukan main lama dok membela badan yang tak besar-besar ni. 



Tiket bas esok - No. kerusi dirahsiakan atas sebab keselamatan

Hehe..gedik...Macamlah da orang nak culik  Cute Icon & EmoticonCute Icon & EmoticonCute Icon & Emoticon



Setiap kali balik U naik bas ekspress mesti beli transnasional. Sebabnya ialah aku benci bila sampai ja kaunter tiket, belum park moto lagi, ramai giler ulat-ulat tiket dan pekerja kaunter tiket yang diiktiraf, kerumum aku (*tahu x pa tu?? ala2 hurung..kah3x) macam semut hurung gula. So, motor akan diparking betul-betul belakang kaunter tiker Trans tu dan terus menuju dengan lajunya ke kaunter tiket tu. Cute Icon & Emoticon Jadi disebabkan tu, maka setiap kali balik KL, akan beli tiket Trans kecuali habis. Aku pernah kena kejar dari kaunter 1 sampai kaunter 20 (da ke no. 20???) gara-gara diorang ni. Helmet pon masa tu belum sempat bukak.


Pengajarannya

  • Before sampai kaunter tiket, set dalam kepala nak beli bas apa..not bas lah..tiket bas.. Gila ke pa beli bas sendiri balik UPM 
  • Kedua, dah pikir ciap2 kalau tiket abis nak beli kat kaunter mana
  • Ketiga, muka kena garang and x friendly Cute Icon & Emoticonuntuk mengelakkan diri menjadi mangsa ulat tiket
  • Keempat, kena berpura-pura kalau ramai yang tanya "adik nak p mana??". Cakap aje tiket dah ada dengan penuh confident
  • Dan yang paling penting sekali, duit untuk beli tiket jangan lupa bawa ye!!!!! 

Semoga esok perjalanan baik dan selamat sampai ke UPM yang disayangi..hehe Cute Icon & Emoticon 

Wednesday, July 13, 2011

Dunia Semut - Part 1


Injit-injit semut,
Sapa sakit naik atas,
Injit-injit semut,
Sapa sakit naik atas,
Lalalalalalalala.......(^____^)

Dah bersawang dah blog ika neh...huhu So, arini nak wat 1 entri pasal ‘SEMUT’. U olls x kan x kenal semut..Malu eh klu x cam semut

Makhluk ciptaan Allah ini sangatlah halus tetapi hidup dengan populasi terpadat di dunia. Menurut pa yang Ika baca sikit2, untuk setiap 700 juta semut yang lahir ke dunia ini, hanya terdapat 40 kelahiran manusia. Bayangkan.....Bayangkan... Berjuta-juta lemon kali ganda jumlahnya berbanding dengan manusia taw. Kalaulah semut-semut ni bertukar jadi robot Transformer, confirm manusia nangis air mata darah punyalah.


Kehidupan Sosial Semut

Semut pon pandai bersosial taw. Jangan main-main (^__^). Ika rasa kalaulah kita mencontohi semut, pasti dunia aman damai. Bukan pa, semut hidup secara berkoloni dan yang paling menarik ‘diorang’ dapat bahagikan kerja secara sempurna. Satu lagi perkara yang paling menarik kalau nak dibandingkan dengan sikap manusia, ‘diorang’ ni x da konsep2 macam diskriminasi kaya-miskin atau nak berebut-rebut kuasa macam cerita ‘Marimar’ kat TV3 tu J

Banyak saintis-saintis yang dah bertahun-tahun membuat kajian tidak mampu untuk menjelaskan perilaku sosial semut yang gila maju macam bertamadun. Caryle P. Haskins, Ph.D., kepala Institut Carnegie di Washington menyatakan:
“Setelah 60 tahun mengamati dan mengkaji, saya masih takjub melihat betapa canggihnya perilaku sosial semut. Semut merupakan model yang indah untuk kita gunakan dalam mempelajari akar perilaku haiwan. Sebahagian koloni semut begitu padat populasinya dan begitu luas daerah hidupnya, sehingga tak mungkin dapat dijelaskan bagaimana mereka dapat membentuk sistem yang sempurna.”
Korang faham x maksudnya?? Bayangkan bagaimana semut yang kecil tapi banyak gila2 boleh hidup dalam satu sistem yang teratur. Ok kita tengok pulak fakta di bawah ni:
Sebagai contoh koloni yang besar ini, misalnya spesies semut Formica yesensis, yang hidup di pantai Ishikari, Afrika. Koloni semut ini tinggal di 45000 sarang yang saling berhubungan di wilayah seluas 27 kilometer persegi. Koloni yang memiliki sekitar 1080000 ratu dan 306000000 pekerja ini dinamai “koloni super” oleh para peneliti. Ditemukan bahawa semua alat produksi dan makanan dibahagikan dalam koloni secara teratur. Sungguh sukar nak menjelaskan bagaimana semut-semut ini mempertahankan keteraturan tanpa masalah, mengingat luasnya tempat tinggal mereka.
Formica yesensis
Kita harus ingat ye, nak tegakkan sesuatu hukum dan nak jaga supaya semua orang ikut sistem bukan senang taw terutama dalam jumlah penduduk yang besar. Disini amat perlu kekuatan keamanan dalam koloni. Pastu perlu pulak staf-staf admin untuk nak memimpin dan mengelola setiap unit.
Ika dok sebut-sebut perkataan koloni ni hampa faham x?? Kang aku dok syok sendiri ja..(~__~) Oklah ika bagitaw. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (sorylah yang lama punya edisi, guna dari darjah 5 dulu), koloni ada beberapa maksud :
1.     Negeri, tanah jajahan
2.     Sekumpulan serangga atau haiwan dari jenis yang sama yang hidup bersama
Semut sangatlah mempunyai sikap kerjasama dan keprihatinan yang tinggi. Bila koloni menghadapi krisis contohnya masalah kekurangan makanan, semut pekerja akan segera berubah menjadi semut pemberi makan dan mula memberi makanan sesama mereka dengan partikel dalam perut cadangannya. Bila koloni mengalami kelebihan makanan, mereka akan kembali menjadi semut pekerja semula. Pengorbanan ini benar-benar pengorbanan tahap tinggi.
Parti semut 
Sementara masih lagi ramai manusia yang kebuluran kelaparan, semut pulak boleh berkongsi-kongsi termasuk makanan walaupun jumlah ‘diorang’ lebih banyak, semut masih dapat mengelola kota bawah tanah mereka, yang berpopulasi 50 juta ekor. Inilah pengorbanan yang sebenarnya, memberi segala tanpa ragu-ragu agar semut lain dapat hidup. Tengok-tengok... Semut pon prihatin walaupun makanan sangatlah penting, tapi bila dapat ja, boleh share-share ramai-ramai. Kita pulak manusia, masak nasi beriani gam guna periuk bukan main besaq nala – bau sampai 1 taman perumahan, tapi kat jiran sebelah pon x mow kasi sikit..ayoooo malu taw dengan semut..

Injit-injit semut,
Sapa sakit naik atas,
Injit-injit semut,
Sapa sakit naik atas,
Injit-injit semut,
Sapa sakit naik atasssssssss,
Injit-injit semut,
Sapa x sampai lagi atas,
Usahalah nek atas...

Yang baik kita contohi, yang buruk kita jauhi OK... peace (^______^)\/

“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih ber-gantinya malam dan siang, terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Mahasuci Engkau. Maka, peliharalah kami dari siksa neraka.” (QS. Ali 'Imran, 3: 190-191)

Nanti kita sambung lagi ok pasal semut. Nanti termimpi masuk sarang semut pulak (^__*).. Thanks for read..

animated gifs Ants 4 


Ref:
·         Menjelajah Dunia Semut – Harun Yahya
·         Kamus Dewan Edisi Ke-3

Thursday, April 21, 2011

Nak Wat Duit Sambil Online Facebook X???

Salam Sayang...

Ieyka rasa korang semua mesti suka online kan?? Selain pada korang 
membuang masa & mengisi hati yang lara, apa benefit yang korang dapat??? 
Why not korang wat duit sambil FB..


Sekarang ada satu cara mudah yang boleh bagi korang duet dalam sekelip 
mata. Agak-agak macam poket kering je, bulih la join. Bukan kena bayar pon. 
Free jer. 

1. Register akaun kat SAYS.MY

2. Share dekat kengkawan kat FB. Ajak diorang join. Untuk setiap kawan yang  register korang dapat RM 1


Senang giler kan...selain pada tu korang juga dapat menyampaikan mesej2 kemanusiaan daripada campaign yang dianjurkan.

Its something like nuffnang, tapi nuffnang untuk blogger kan. SAYS.MY untuk 
yang ada account Facebook.



Just click button 'Sign In to SAYS.my' dekat bahagian atas kanan korang untuk register.



OK register sekarang dan maksimumkan benefit anda sebagai
rakan yang suka meng-ONLINE secara tegar!  



Terima kasih sebab sudi baca!! (^_____________^)
Thanks to Fatin Liyana sebab sudi berkongsi... love u :)

Monday, April 11, 2011

Kejadian Semalam...huhu

Hye geng...Dah bersawang dah blog neh lama x update..hoho

Sajer je nak berkongsi pengalaman semalam. Semalam tanggal 10 April 2011 bersamaan dengan 
7 Jamadilawal 1432 (*betulke??), saya Wan Nur Atikah anak kepada Pak Omaq BUKAN ANAK PAK JABIT OK telah terpedaya dengan seorang hamba Allah ni..huhu


Kisahnya begini...


***Short Messaging System atau dalam bahasa mudahnya = SMS***


Tetiba mendapat msg CELCOM ala yang orang nak request kredit tu.. Tapi kat depan dia da tambah cikit..


"plz..huhu You have request from 014-******* RM 2. bla2......Please reply Yes or No to ...bla2..."


Ieyka Apple pon mati2 ingatkan tu roomate sebab dia pakai nombor tu. Ieyka Apple pon mem'reply' YES dengan tanpa rasa curiganya sebab berpikir "Mesti roomate aku x sempat beli topup, da emergency kot"


Tetapi.............
Hati yang berwarna MERAH ini mengatakan itu bukan Ros roomateku.. Dengan penuh rasa curious, Ieyka Apple pon bertanya kepada roomate tetapi kepada nombor Maxisnya.


 "Ros, nombor 014-******* ni Ros pakai lagi x?" (Kalau Ros reply confirm nombor CELCOM tu dia x pakai dah)


Jawapannya: x dah, Ros tukar nombor Celcom lain. Nombor tu maybe dah da orang len guna kot. Sory ye Ika..(Lebih kurang camni sms nya)


Ieyka Apple pon ape lagi, gelaklah dalam hati yang sudah bertukar BIRU ni kuat2. "Hahahahaha...padan muka lurus bendul sangat"

Big Smiley


Logiklah kan kalau kita dapat SMS dari nombor roomate atau orang terdekat mestilah kita tolong sebab kita x taw ntah2 dia tengah emergency ke. Xkan nak tanya dulu sebab orang request maknanya x da kedit..hihi


Ieyka Apple pon dengan ati yang berkobar2 memSMS budak berkenaan.


"Hang ni lah, cian mak hang lahirkan hang tapi hang menipu macamni. Aku x halalkan taw x... Biar hang makan duit haram. Nanti masuk neraka jahanam. X tahu ke menipu kan berdosa besar. Memalukan aje amik kesempatan kat org len. Nanti mesti hang kena langgar lori sebab doa orang yang teraniaya Allah makbulkan." 


Budak itu membalas:


"Lah dah orang kasi ikhlas. Sy terima ajelah. Lagipon awak yang miskol sy dulu semalam berulang kali"


Ieyka Apple balas semula... ~~Budak ni memanglah...


"Dah aku ingat kawan aku pkai nombor tu lagi, aku pon kol lah dia. Tapi aku x kira yang pasti doa orang teraniaya makbul, x tawlah kalau esok hang kena langgar lori" 


Big Smiley




(Ieyka Apple kol berulang kali sebab da kisah tertinggal kunci ari sebelumnya, Ieyka Apple ingatke dia still pkai no CELCOM ni sebab banyak no x pasti yang mana..hoho)


Hari ini, tanggal 11 April 2011 bersamaan 7 Jamadilawal 1432 jam 6:01:35 pm




Anda telah menerima RM2 dari 014-*******. Baki pada11/04/2011 ialah RM....toing3x~ ~ ~....


Ieyka Apple pon tersenyum. *Dalam hati berdoa semula: "Semoga budak tu x dilanggar lori..Amin"


Hasil dari peristiwa semalam, Ieyka Apple mendapat beberapa pengajaran Emoticonsuntuk dikongsi bersama:


  • Pastikan anda tahu nombor telefon roomate anda yang masih aktif digunakan
  • Jangan menjadi terlalu lurus bendul atau mudah simpati tanpa usul periksa
  • Jika terkena penipuan sebegini, jangan berdiam diri kerana orang lain mungkin akan ditipu juga dengan taktik yang sama. Laporkan pada pihak berkuasa jika terkena penipuan lebih teruk. Kalau setakat SMS RM 2 tu xpayahlah nak report polis plak..menyusahkan polis aje..haha
  • Sebenarnya selepas ugut penipu tu balik, kalau dia x bagi kedit tu semula halalkan ajelah sebab Allah tahu kebenarannya. Biarlah dia dibalas diakhirat sana. Doakanlah supaya dia berubah dan tiada lagi org lain menjadi mangsa kerakusan dia. 

p/s: ayat SMS tersebut sudah ditapis sebab takut Mak baca..hehe

Pernah ditipu??? Kongsi bersama Ieyka Apple. Terima Kasih sebab sudi membaca entry Ieyka Apple. 
(^___________^)

8.gif


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

We Belong Together | Designed by www.rindastemplates.com | Layout by Digi Scrap Kits | Author by Hazrieyka :)