Lets Exchange Our Links ~ Share Our Moments

Monday, August 8, 2011

Mari tengok binatang peliharaan di Rumahku – Yang masih hidup dan dah tiada



Kat rumah aku, ada beberapa binatang peliharaan. OK let’s check it out:-

Keli putih pink = No name



Keli tido dalam balang bulat



Tiger Barb, Neon Tetra, Udang, Ikan Sungai




Ni akuarium aku. Mula-mula ada 5 ekor tiger barb. Tapi disebabkan masalah kesihatan dan disease infection yang terlewat dirawat akhirnya meninggal. Pastu diganti dengan neon tetra, 4 ekor. Tapi neon tetra dah kojol selepas aku balik UPM. Pada mulanya adik aku letak bersama ikan keli di atas. Giler ke apa sebab tak sampai 10 saat, 2 ekor dia telan. Pastu dia tukar, Adik aku letak bersama-sama dengan udang.   

Aku syak udang tu dah melakukan pengkhianatan dan pembunuhan bersiri. Pernah sekali masa aku balik ke umah, tetiba, aku Nampak udang tu bawa rangka tulang ikan neon tetra. Cantik ja dia makan isi, licin.

Maybe jugak neon tetra mati sebab bakteria and seterusnya dimakan udang. Aku pon x pasti sebab balik umah jarang-jarang. Yang jaga ikan-ikan tu adik aku yang BZ gila. Terabai ikan aku..huhu
Sekarang ada dalam akuarium kecik aku ni ialah seekor ikan sungai kecik dengan udang yang bermaharajalela. Tapi syok jugak tengok tingkah laku udang. Sebab diorang sangat teliti dalam memilih makanan. Dan cara makan yang unik. Kalau tak percaya try bela.

Next,

Puyu putih














Aku x taw adik aku ada bagi nickname apa kat ikan ini, sebab dia selalu panggil puyu aje. Warna dia putih sebenarnya.

Tapi disebabkan flash kamera nset “mahal” aku Nokia 3120 C *mahalnyaaaa sangat-sangat, colornya jadi len plak. 

Masa diploma dulu aku da kisah masa kena wat injection suntikan hormone kat puyu. Masa tu macam wat eksperimenlah nak try kat ikan ni samaada jadi atau x, wat induced breeding. X jadi pon. Group aku 10 orang. Semua kena try suntik ikan ni. Dahlah tajam sirip dia. So kena berhati-hati. Masa time kawan aku melakukan injection, Tee Jian Jian namanya *bukan nama sebenar, dia dahla suntik terlebih dose, suntik plak tembus perut ikan. Apa lagi kojol lah ikan puyu tu...Nasib baik tak tersuntik diri dia sendiri, kalau tak bertukar perempuan pulak..hehe

Mana boleh bertukar jantina, ini bukan fakta sebenar, aku gurau aje. Takut plak lecturer aku baca, dia tanya buku mana awak baca...hoho Kalau boleh, confirm hormone ovaprim, ovatide di pasaran semua habis, sebab di beli “Mak-mak auw2 bertangan patah” J

Ikan puyu kat umah ini masih lasak, jadi masih hidup.



Ikan Laga





Ikan laga – Adik aku punya, AISSSHH SEMUA ADIK AKU PUNYA. Dia memang suka memBELA binatang. Tapi ikan ni sensitive cikit, jadi sekarang hanya bersandar pada kenangan. Aku pon ada seekor kat UPM. Nyaris nak dimasukkan dalam Tasik Kolej Serumpun sebab aku tak mampu nak bawa balik umah. Jauh tu. Tapi masih dibela oleh Mas atas dasar keprihatinan. Semoga masih hidup. TQ Mas J

Ni ikan laga aku – Gucci Bee nama diberi




Ikan yang hidup berjiran



Kucing hitam – Shadow namanya




Shadow ni paling kesian...huhu Dia baru saja meninggal. Semua binatang kat umah yang di bela mesti tak tahan lama. Aku x faham betul napa. Makan cukup, mandi cukup- terlebih jaga kot...haha Dia suka merayap and berjalan-jalan merata bila bosan. Menurut sumber yang boleh dipercayai, dia telah termakan racun tikus di rumah jiran sebelah sana à. Abah aku sayang betul kat kucing. Abah kata Nabi Muhammad S.A.W pon sayang sangat dengan kucing.
Tapi aku ada sedikit perasaan takut dengan kucing. Bila kucing lalu tepi, aku semacam ada phobia. Rasa macam seriau, macam dia nak cakar kaki or terkam kat perut. Tapi bila Shadow datang ke umah, aku dah kurang takut kucing. Tapi masih takut cikit2 (*______*)



Akuarium Ikan kat Luar Hadapan Rumah


Ada beberapa jenis ikan dalam akuarium ni dan akuarium kecik bawahnya - Kap, Ikan Cuci Tingkap, Oscar, Kalui, Emas, Berlian, Silver, Zamrud...
Percaya ke ada ikan nama Berlian n exc..???? J

Nama aje duduk kawasan perumahan. Tapi percaya tak yang adik aku *adik aku lagi*, juga bela ayam dan itik. Macam duduk kat kampung plak. Tapi best gak, asalkan dia tak kacau orang dan jaga bersih haiwan peliharaan kita k.



Anak Itik – Quack Quack2







Anak itik dua ekor ini baru dibeli. Seekor RM 2. Murahkan??? Abah ciap tolong wat kan rumah khas a.k.a reban kecik untuk itik-itik ini. Nasib baik dua ekor ja. Aku pening kalau banyak-banyak. Asyik quack2 ja bunyi bila lapar. Makan banyak sungguh. Aku tanya gak abah, apasal lah beli warna coklat hitam, x comey langsung. Belilah warna kuning ke, pink ke, biru ke..kan menarik cikit...hehe Tapi reben dia belum di buat dengan cantik lagi. Sebab tak da masa nak wat kerja simen menyimen reban tu. Itik ini selalu dimandikan tuannya sebab kalau tak confirm mak aku berleter punya kat adik lelaki aku tu. Ayat mak “Tak pandai jaga, tak payah dok bela!!!” J

Ayam Selasih Putih


Gambar ayam ni kena edit banyak cikit sebab jadi blur, ayam 2 ekor ni suka mengikut pergerakan handset dan tangan aku.. dia x pandai posing sangat...huhu

Ayam selasih warna putih ini dibela dari kecik. Adik Wan aku tu bela sampai ayam ni sampai jadi gemok cikit. Untuk menjaga kecomelan dan kegebu-AN ayam ini, adik aku akan mandikan dia. Ayam pon kena mandi gak...huhu


Burung Murai Cacing


Adik aku sedang memegang burung dia *burung dia??
~Burung murai dia


Gambar masa kecik, ekor kontot aje

Ekor dah panjang cikit

Burung murai ini pernah terseliuh kaki. Bunyi burung ini membuatkan pagi-pagi rasa macam dalam hutan. Best betul bunyi dia berkicau x henti-henti siang malam.


Koala

Yang ini aku paling sayang dan paling minat. Sejenis koala bear kelabu putih. Diimport khas dari Benua Australia dibawa masuk secara sah melalui permit. Binatang peliharaan inilah paling senang dijaga.


Kebaikan membela koala:

  • Tidak perlu membeli makanan khas yang mahal
  •  Berbulu halus dan bulu tidak mudah luruh
  • Friendly dan manja
  •  Kecik, senang dibawa ke mana-mana
  •  Tidak takut air dan mudah dimandikan
  • Tidak mengeluarkan bunyi yang terlampau seperti itik kelaparan
:
:
:
:
:
:
:

:
:
:
:
:
:

:
:
:
:


:
:





Taaa Daaaaaa...... CARLOS : My Koala Bear Peneman Tido



















 Before habiskan entry aku yang panjang ni :-

Kalau tanya budak lain, 'ADIK NAK JADI APA BILA BESAR???" mesti jawapannya doktorlah, cikgu lah, peguam lah, pakar bedah lah.. Tapi try tanya adik aku..


Jawapan dia "WAN NAK JADI USAHAWAN"...


hahahahaha aku gelak kat diri aku sendiri sebab masa aku kecik, aku x pernah pon berpikir perkataan tu.. tahniah adik aku da cita-cita lain pada orang..Wish You Luck & All The Best Dear..



Kesimpulannya
·        Haiwan peliharaan perlulah dijaga dengan kasih sayang sebab nanti dia akan tolong doakan tuannya yang baik. Kawan aku pernah cakap, yang kalau kita seksa binatang, Allah akan turunkan bala dengan cepat ke atas kaum yang berbuat demikian.
·        Kalau ada yang bela haiwan peliharaan kat hostel, pastikan binatang tersebut bersih dan tidak menakutkan k sebab mana nak tahu roommate kita allergic ke, da asma serius ke, PHOBIC yang keterlaluan ke.. Nanti tak pasal-pasal arwah. Ini serius taw!!! J *Khas untuk coursemateku- Shila yang membela ketam..hehe just joking dear
·        Tiada yang kekal di dunia ini. Semuanya menunggu masa untuk pergi (^__________^)\/


14 comments:

FadzMeera said...

mmg pncinta haiwan nie...
penah ada keli tompok tue..
kmi bg nma, bino...hihihi

Hazrieyka said...

bino...hahaha mcm nama small dinosour kan meera...hehe tp ikan keli tu x bsr2 sbb balang tu kecik...hoho

Syuhada Mn said...

heheee...dh leh komen dh...carlos tu laki eyh kak ieka??wakaaka dlu sy ske tgk la usurpadora...watak utama dia carlos daniel bracho....hahaa

Hazrieyka said...

off course lah laki..sbbtu wat pluk tdo...kah3x...oo citer tu..bapak layan maxico (*____*)

Syuhada Mn said...

=.=' ouhhh,,,gatal noh...hahaa=p hehee,,,layan lor...favourite dlu tu..ekeke

Hazrieyka said...

biasalah mmglah gatal2 ckit dgn carlos...penting tu bla tdo (^___^)

Syuhada Mn said...

adesssss...ptut la,pnuh dgn air liur basi..ekeke

Hazrieyka said...

sudah cuci mnggu lepas syu bapak..hahaha

Nur said...

bak g satu carlos..jd peneman kumi~..memndgkn kuma dh xdak kt dnia nie..sob3~

Hazrieyka said...

carlos mna leh dok dlm ayaq syu..dia koala....hahaha nnt lemas ok kcuali time mndi dia x lms(^__^)

Nur said...

lorh...koala tman kot luaq akuarium dhla...wakaka

Anonymous said...

Informative post, Im now one of your feed followers

Fyza Lovato said...

Wah... pencinta haiwan. bagus betul.hhuhu. rumah kite ade kucing je tupon sekor je. bte, comel ikan yang ekor kembang tuh :D

Hazrieyka said...

ikan ekor kmbag???hehehe fyzalovato bela lah seekor nk?? :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

We Belong Together | Designed by www.rindastemplates.com | Layout by Digi Scrap Kits | Author by Hazrieyka :)