Lets Exchange Our Links ~ Share Our Moments

Sunday, January 23, 2011

TRUE STORY..Kisah airmata aku...Airmata ibuku..

Tujuan aku menulis entry kali ini bukanlah untuk menunjuk2 atau membangga diri. Tapi dengan tujuan untuk berkongsi rasa hati sebagai seorang anak dan mahasiswa.. Sebagai perhargaan kepada mak..


Mak aku adalah seorang wanita yang amat tabah dan cekal. Kadang-kadang aku pelik sekali dengan kekuatan luar biasa yang mak ada. Dia mampu bekerja sebagai suri rumah 24 jam sehari sambil meniaga. Sedangkan aku dengan adik2 selalu merungut walaupon wat keja ckit2. Mana mak dapat kekuatan yang sangat dahsyat tu membuatkan aku sgt2 kagum. Basuh pinggan...basuh baju..memasak..jaga adik..kemas umah, mengandungkan kami adik beradik, besarkan kami, dan macam2 lagi..Profesion suri rumah dan ibu adalah 1 profesion yang tidak pernah ada penghujungnya..tidak bergaji..tidak glamour..tidak senang..tp emak sanggup..


Aku jarang tengok mak menangis tapi aku telah wat mak menangis sebab 2 perkara..Kedegilan, sifat pemarah aku dan kejayaan aku. Mak pernah merajuk dengan aku sebab marah mak. Masa tu hanya tuhan ja yang tahu betapa aku menyesal. Aku pujuk mak balik dan mak cakap balik dengan aku..Lega.. Maafkan Yong..


 Aku bukan orang senang, pergi tuisyen UPSR tu pon dah dapat diskaun dari cikgu. Aku pernah menangis kat mak sebab aku x larat jalan kaki sorang2 n sangat jauh untuk ke tuisyen tu. Serius jauh giler dengan panas dan penat bru balik sekolah rendah.Tapi mak kata "Yong jangan nangis. Mak pasti yong akan berjaya nanti". (Yong tu panggilan mak untuk aku).Memang btul kata mak wlaupun aku x dapat 5A tp aku berjaya dapat 4A 1B. Aku happy sgt2 sebab mak hapy..


Mak banyak mengajar aku untuk jadi tabah. Masa aku sekolah menengah dulu, sekolah aku jauh dari rumah. Alhamdullilah aku terpilih masuk ke sekolah elit perempuan yang terbaik di Pulau Pinang. Tapi aku x suka tinggal di asrama. Ada 1 hari tu, aku menangis lagi. Aku menangis sebab bila blik sekolah especially bila ada kelas tambahan, aku kena nek bas awam sendiri di bandar Georgetown Pulau Pinang yang memang sibuk dan menakutkan tu. Ake mengadu kat mak, ."Naper orang len mak ayah diorang bleh amik diorang dari sekolah??? Tapi yong kena nek bas awam dari sekolah berjalan kaki melalui Hospital Besar kadang2 lalu rumah mayat untuk ke bus stop. Dari bas stop depan Penjara Pulau Pinang nek bas ke KOMTAR. Sampai KOMTAR nek bas blik ke umah kat Gelugor. Bangun pagi kul 5 tapi sampai umah pkul 8 malam." 


Tapi mak kata, "Yong dah besar,kena belajar nek bas awam, hidup berdikari, abah kerja.. Cian kat abah nak kena berulang-alik." Aku pasrah ja waktu tu walaupon x puas hati. Tapi doa mak tetap mengiringi hari2 ku. Penat lelahku berbaloi sebab mak menangis masa aku dapt 8A untuk PMR. 


Aku rasa mak menangis sebab doanya yang x putus2 itu di makbulkan Allah. Aku hapy kalau mak menangis sebab terharu bcoz itulah hadiah paling berharga. Tapi kalau mak menangis sebab kenakalan aku memang pedih sgt rasanya mcam cium api bara. Aku memang anak yang paling degil dan keras kepala tapi doa mak x pernah putus untuk aku. Terima kasih mak.


Tapi masa SPM aku kecundang giler, hanya mampu dpt 6A n addmaths aku memang hancuss. 3 ari aku menangis x mow makan nasi. Tapi last2 aku makan gak sebab lapor..hehe Mak memang rsau masa aku jadi camtu..huhu Dia sedih, aku tahu. Mintak maaf sebab wat mak risau. Then, aku hampir give up sebab dapat course yang aku x mow.. 3 ari lagi menangis.. (Tulah keja aku..menangis ja dulu)..Tapi mak sentiasa membakar semangat aku. Aku jadi lebih kuat akibat kegagalan dan kesakitan itu. Ditambah lagi dengan sokongan mak dan abah yang tercinta.


Usaha aku berbaloi sebab berjaya mendapat Anugerah Pelajar Terbaik Diploma masa majlis anugerah graduan terbaik UMT 09. Di sebalik kejayaan tersebut sebenarnya da kisah air mata lagi..huhu
Untuk dapat anugerah tu sebenarnya perlu melalui tapisan Senat universiti melalui resume daripada 5 orang pelajar yang terpilih. (Tolong ingat taw ni bukan nak membangga diri tapi berkongsi pengalaman). Aku dapat tahu aku terpilih 2 ari sebelum tarikh tutup hantar borang. Terengganu dengan Kedah bukan dekat. Dan resume manalah aku nak sempat ciapkan dalam sekelip mata. Aku pon bertungkus lumus ciapkan resume dan ciapkan salinan2 sijil penting. Nak pos laju memang x sempat. Akhirnya, mak dan abah amik keputusan untuk antar aku ke Terengganu dengan kereta Proton lama kami yang x sempat diservis pon lagi.. Bayangkan abis beratus ringgit semata-mata untuk antar salinan resume dan sijil. Memang besar pergorbanan diorang walaupon family aku waktu tu da masalah kewangan ckit..huhu


On da way balik, aku menangis sorang2 dalam ati berdoa agar aku terpilih. Bukan sebab nak membangga diri. Tapi sebab kesungguhan mak abah berusaha untuk aku. Mak kata "Jangan sedih kalau x dapat yang penting kita usaha". Alhamdullilah syukur kepada Illahi.. Memang usaha mak abah berbaloi.. Aku terpilih. Hari masa terima anugerah mak berkorban lagi. Aku ni jenis x kisah bab2 baju ni. Tapi mak kisah. Dia marah aku pilih baju lama ja untuk nek pentas. Mak bagi baju kebaya biru dia yang baru dijahit n belum dipakai untuk aku pakai. Sedangkan baju tu untuk mak pkai sempena majlis konvokesyen nnti. Mak nak anak dia ni nampak cantik. Biar dia pkai baju kurung pon xpa... Terharu giler waktu tu. Masa dapat duit hadiah anugerah tu, aku kasi pada mak abah sebab diorang dah banyak abis duit utk aku. Duit tu x dalah banyak n diorg pon memang x mahu pon tapi aku paksa gak amik sebab aku x da pa2 nak bagi... Terima kasih mak..Terima Kasih abah..



Mak hapy..Aku lagi hapy..hehe



Ni mak dengan mak kawan aku. Kami bagi mak pkai jubah konvo ni sebab nak biar mak merasa pkai jubah ni. Bagi aku mak adalah graduan PHD terbaik kategori ibu mithali :)


Sekarang aku berjaya masuk ke universiti idaman aku UPM. Aku rasa bersyukur sangat2 sebab berkat doa mak dan abah aku berjaya melangkah 1 tapak kedepan. Masih banyak lagi yang aku perlu capai. Pergorbanan mak masa mengandungkan aku, melahirkan aku dengan susah payah dan macam nyawa di hujung tanduk, meyusukan aku, membesarkan aku memang x terbalas..Sekarang aku dah kurang menangis sebab hal2 remeh dan jdi lebih tabah dan berani..( Walaupon saat tulis entry ni mata aku macam bocor :)..tapi kali ni menangis sbb terkenang mak)


Kepada yang lain, sayangi ibu anda selagi mereka masih ada. Ciumlah tangan dan pipinya tatkala melangkah keluar dari umah. Buang ego cium pp abah juga. Sebab abah juga banyak berkorban walaupon kita x nampak sebab mereka kerja teruk di luar. Masa kecik2 pp kita inilah dicium mereka berkali2.. Kita x tahu bila ajal. Jangan tunggu mereka sudah tiada baru mahu mencium pp mereka. Bagi mereka yang sudah tiada ibu, jangan sdih sebab ibu anda x mahu anda bersedih..Doakan dia ditempatkan di kalangan orang yang solehah. Doa anak yang soleh dimakbulkan Allah.


MAAFKAN YONG ATAS SEGALA TINGKAH LAKU YANG MENYINGGUNG HATI MAK...TERIMA KASIH MAK SEBAB SAYANGKAN YONG DAN BERKORBAN UNTUK YONG!! 

3 comments:

Najwa Fairus said...

Ieyka... sedih.tak mampu na komen. kesat air mata jap.

Hazrieyka said...

najwa..huhu tq sebab baca kisah ika

FadzMeera said...

"Naper orang len mak ayah diorang bleh amik diorang dari sekolah??? Tapi yong kena nek bas awam dari sekolah berjalan kaki melalui Hospital Besar kadang2 lalu rumah mayat untuk ke bus stop. "
akue igt ayt nie weh...sedey la baca...mata bocor nih..sob3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

We Belong Together | Designed by www.rindastemplates.com | Layout by Digi Scrap Kits | Author by Hazrieyka :)